Aku Sudah Tekad

" Abang kata abang tak ada ilmu untuk mengubat orang tapi kenapa bila orang minta tolong abang pergi juga ".
Aku masih ingat akan kata-kata isteriku Rosnah bila ada seorang lelaki meminta pertolongan dariku. Katanya anaknya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan meracau-racau.
" Memang abang tak ada ilmu tapi kalau abang pergi tentu mereka merasa lega. Hilang tekanan perasaan. Abang buatlah apa yang perlu sebelum ada yang lebih pandai. Abang dah rasa macam mana depa rasa ". Aku berkata kepada isteriku sebelum aku melangkah pergi. Memanglah kadang-kadang aku juga terkesan dari pertolongan yang aku berikan. Aku sudah berjanji pada diri sendiri bahawa aku akan tolong sedaya yang mampu jika ada mereka yang meminta pertolongan walaupun sekadar berdoa. Janji sedikit sebanyak aku telah meringankan kerisauan mereka

Aku masih ingat peristiwa yang berlaku terhadap isteriku Siti Aishah. Semasa berada di kelantan isteriku muntah darah yang teruk. Menangis dia mengadu sakit padaku. Aku terlalu buntu ketika itu. Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Aku talipon ustaz yang merawatnya. Maklumat yang aku dapat dari ustaz, isteriku ditikam bertubi-tubi di patung. Aku menangis mendengar berita tersebut. Bila pulang semasa berada di atas kapal terbang isteriku tidak banyak bersuara. Dia hanya memegang erat tanganku. Sesekali dia meletakkan kepalanya diatas bahuku.

Bila tiba di rumah mulalah isteriku mengadu dan menangis kesakitan. Aku masih ingat lagi ketika itu...
" Bang sakit sangat bang. Ya Allah aku redha Ya Allah ". Kata isteriku. Terlalu sedih aku melihat isteriku. Aku masuk kedalam tandas lalu menangis sepuas-puasnya. Aku tidak mahu menangis di depan isteriku. Aku perlu memberi sokongan kepadanya. Bila terasa sedikit kelegaan barulah aku mendapatkan isteriku.
" Bang tolong picit badan Siti. Sakit sangat-sangat. Ya Allah bang sakit sakit bang ". Keluar darah lagi dari mulutnya.
" Ya Allah Ya Tuhanku. Kau peliharalah isteriku. Aku tidak sanggup melihat penderitaannya Ya Allah ". Aku berdoa didalam hatiku sambil tanganku membersih darah yang keluar dari mulut isteriku. Aku cuba menahan airmata dari gugur namun aku gagal mengawalnya.
" Sabarlah Siti. Ini ujian untuk kita. Insyaallah abang cuba cari ustaz yang lain ". Aku berkata sambil memeluk isteriku. Kaum kelaurga yang lain hanya mampu menangis. Aku dapat merasakan terlalu berat ujian ini.
" Ya Allah...ampunkan dosa kami Ya Allah. Aku tak sanggup menerima ujian ini Ya Allah. Terlalu berat bagiku ". aku berdoa didalam hatiku.

" Budiman cuba call ustaz ni. Dia pandai berubat ". Seorang wanita yang datang menziarah memberi nombor talipon seorang ustaz. Aku mengenali ustaz ini. Kuliah serta ceramahnya memang hebat. Terus aku tidak membuang masa.
" Assalamualaikum ustaz. Saya Budiman. Isteri saya sakit. Dia muntah darah banyak. Saya nak minta tolong ustaz tengok ". Aku berkata kepada ustaz
" Hari ni saya tak berubat. Mai minggu depan ". Kata ustaz
" Sakit bang...Siti tak tahan sangat...". Aku terus putuskan talian dengan ustaz dan meluru ke isteriku. Sekali lagi muntah yang banyak keluar dan isteriku meraung kesakitan. Aku dial sekali nombor ustaz.
" Assalamualaikum ustaz. Isteri saya muntah darah banyak sangat ustaz. Dia dok menangis kesakitan ". Aku merayu ustaz
" Saya tak mengubat hari ni. Mai minggu depan ". Katanya tegas. Aku terlalu kecewa lalu memutuskan terus talian. Aku dial ustaz yang asal. katanya dia telah menggunakan segala ilmu yang Allah berikan padanya. Dia menasihati aku agar membawa isteriku ke hospital.

" Siti...Kita pergi ke hospital ya ". Isteriku hanya menganggukkan kepalanya saja.
" Setakat ni saja yang mampu abang buat untuk Siti. Sudah puas abang berikhtiar ". Barulah aku sebak dan menangis depan isteriku. Sekali lagi kami berpelukan
" Ya Allah janganlah jadikan ini sebagai pelukan terakhir kami ". Aku berdoa didalam hati.
" Terima kasih bang kerana banyak bekorban untuk Siti. Siti tak akan lupakan pengorbanan abang. Siti minta maaf banyak-banyak dengan abang ". Inilah ayat yang paling aku takut sekali. Ayat yang seolah-olahnya kami akan berpisah selama-lamanya.
" Siti tak ada dosa dengan abang. Siti seorang isteri yang baik pada abang dan keluarga abang. Kami terhutang budi dengan Siti ". Aku berkata kepada isteriku. Airmata usah dikira

Terus aku membawanya ke hospital yang berdekatan. Isteriku dimasukkan kedalam bilik ICU. Setelah lama menunggu akhirnya nurse menyebut nama isteriku. Aku meluru masuk kedalam. Ya Allah Ya tuhanku. Terkejut aku melihat peralatan yang telah di pasang terhadap isteriku. Dia di penuhi dengan wayar. Nampak kepenatan sekali dia. Dia mencium tanganku dan meminta aku berdoa untuknya. Aku terus memeluknya. Aku menangis teresak-esak. Airmata isteriku turut berlinangan. Suaranya tidak lagi kedengaran. dia meminta aku memanggil anakku Hermawan. Selepas Hermawan keluar aku masuk kembali. Isteriku bertanya adakah anak gadisnya Siti Zinnirah berada di luar. Aku tahu dia terlalu merindui anak gadisnya tapi anak gadisnya sedang menduduki peperiksaan terakhirnya. Aku tidak mahu menggangunya.

Ketika itulah isteriku kepenatan. Doktor bergegas datang dan akhirnya aku diberitahu isteriku berada di dalam keadaan koma dan harapannya untuk hidup amat tipis sekali.
" Dalaman isteri encik rosak teruk. kemungkinan harapan untuk hidup amat tipis sekali. So encik boleh buat preparation la. Encik boleh panggil keluarga kalau dia orang nak baca..". Bagaikan sebiji bom menimpa aku mendengar kata-kata doktor. Aku terus memeluk isteriku. Bila-bila masa saja aku akan berpisah dengan isteri kesayanganku buat selama-lamanya. Setelah 2 hari dalam keadaan koma akhirnya isteriku pergi menemui penciptanya meninggalkan segala memori indah sewaktu kami bersama.

Bermula dari saat itulah aku bertekad andaikata ada orang meminta pertolongan dariku, aku akan cuba membantu sedaya mungkin. Aku sudah merasai bagaimana kecewanya bila orang menolak permintaan kita. Biarlah permintaan itu datang jauh berkilometer. Aku pasti membantu walaupun dengan hanya berdoa dari kejauhan. Itu sudah cukup buat mereka. Cuma kadang-kadang bila aku pula bermasalah aku tercari mereka yang sudi mendengar masalahku namun hampa sekali. Apa pun Allah adalah tempat sebaik-baik kita meminta. Jadi mintalah kepadanya...

0 Response to "Aku Sudah Tekad"

Posting Komentar

Entri Populer

2 Kisah Accident Aku surrender Anak kedua Apa lagi.... Badal Haji Baik demam Baru puas Basikal Berkahwin Berperananlah Berteman Bestnya Big Family Bila musim datang Bloh Oh Blog Buah Sentul Bual Buat pulak Bunga Bunga Ros Campak Cawan Check Up lagi Cina Cina atau melayu Cucur bawang kesian Dalam hobi ada peluangnya Dalam Kenangan Demam lagi Di Ingati Di uji lagi Dua cerita FB Gambar komen Ghaflah Hadiah motosikal Hadis Nabi Hanya dia yang tahu Haram merokok Hari ini Hari raya lagi Hijab di tutup Hurmatilah mereka Hutang Ibu Angkat Ikan bakar Jamuan family Jamuan Hari Raya Jeruk Jin Asyik Jom Makan nasi goreng Jus Karu Kayuh basikal Keindahan kek buah Kelaparan Kena marah Kena tahan JPJ Kerabu 1 Malaysia Kesian Ketenangan Kisah Ibu Kucing Kisah ibu kucing lagi KPI Kuah rojak Kucing Oh Kucing Kucing Oh Kucing 2 Kula Besut Kumpul Kursus Kuruskan badan Lagi lagi pocong Lagi-lagi gambar Lama tak makan Latah ker.. Luahan Hati macam-macam cerita ada Madu Maggi ketam Makan kucing Makhluk Mamu buat ramai Mangsa Banjir Matahari terbit Melaka lagi Merajuk Mesyuarat Mimpi Oh Mimpi Mop lantai Nak Kurus Nak RM10 Nak tempah Nasi lemak No ekor Nora Nostalgia Novel Pahang Pandai ambil Pangkor Paprik Periuk Perkhidmatan setia Perubatan Ramadhan ke 2 Ramadhan ke 6 Ramadhan1 Raya ke - 5 Raya ke lima Rehat Rehlah Di Baling Roti Bun Rumah di ceroboh Sakit Tangan Sambal tumis lagi Security Guard Selamat Jalan Senaman Sengkuang Sengkuang calit Serah ajer Seronoknya Sharing Shooting Sihatkan badan Silap tafsir Sketsa Ramadhan Sungai Palas Sungai Sedim Sunrise Tafakur Talipon Pintar Tasik dayang bunting Teluk Kechai Tempek Terbit Terima kasih Teringat kisah lalu Teruskan beramal Tolak ansur Tolong Sedaya Mungkin Ubi Kayu Ujian sikit saja Usah Bersedih Wisata 1 Wisata 2