Sebelah petang, seorang rakan datang untuk menggantikan tugasku. Telah selesai tugasanku selama 8 jam.
" Hang dapat berapa KPI Ariff ". Tanya rakanku kepadaku. Aku boleh diamkan saja tanpa memberitahu orang lain akan keputusan yang telah aku terima sebab ianya sulit.
" Dapat la 8. ...". Kataku ringkas.
" Tinggi lah tu ". Katanya sambil membuka anvelop
" Tinggi lah tu ". Katanya sambil membuka anvelop
" Sial....Bagi rendah dekat aku. Tak guna...". Sambil memarahi ketua yang menilai kami. Aku sudah mula bengang dengan rakan aku.
" Kira patut la apa yang hang dapat. Depa suruh hang bertugas di sesetengah tempat, hang tak mau pergi. Hang kata tak lapaq ot ". Kataku kepada rakanku. Diam mencuka rakanku. Aku tahu dia tak akan tumbuk aku sebab kami masuk kerja bersama. dari peringkat bawahan hinggalah sekarang ke juruteknik. Rezeki rakanku, kini pangkatnya lebih sedikit dari aku. Aku tak pernah cemburu. Itu rezekinya. Tapi bila keputusan KPI aku melebihi keputusannya dan dia merungut, itu membuatkan aku marah.
" Masa dulu aku bertugas di merata tempat hang perli aku. Hang kata aku rajin buat ot. Padahal ot tu duit upah yang dibayar setelah kita buat tugasan lebih. Tapi arahan itu harus kita patuhi. Aku pegang itu saja ". Terdiam lagi rakanku setelah aku belasah dia cukup. Aku tahu dia tak akan tumbuk aku. Hehe. Kadang-kadang aku terfikir dengan mereka yang hanya mahu yang terbaik dari orang lain padahal dia langsung tidak memberi sumbangan kepada mereka. Serupa ler macam seseorang itu yang hendakkan kita resepi makanan yang lazat tetapi dia tidak memberi apa yang dia ada untuk dikongsi bersama. Hanya satu pihak saja yang memberi.
Samalah kita dengan pekerjaan kita. Kita hanya nak yang terbaik dari pihak majikan sedangkan dari kita tiada sumbangan yang kita berikan bila diminta. Apa biarlah kita bekerja kerana Allah. Kerana kalau kita bekerja kerana manusia kita pasti mengharapkan sesuatu. Jika kita bekerja kerana Allah dengan penuh amanah dan bila kita perolehi gaji kita terima dengan penuh kesyukuran akhirnya kita mendapat keberkatan dari rezeki Allah.
0 Response to "Apakah Sumbangan Kita"
Posting Komentar