Setelah aku berhenti bekerja di Padang golf kerana mendapat tawaran bekerja dengan LLN/TNB. Disinilah bermulanya detik-detik aku dapat melihat makhluk halus. Aku mengimbas kenangan pada tahun 2004 apabila aku bertembung dengan lelaki yang seakan-akan Panglima Hitam impianku. Dia memperlihat seni tarinya silatnya yang begitu memukau hatiku dan tiba-tiba dia terus meluru kearahku dan akhirnya aku tidak menyedari apa yang berlaku. Sedar-sedar aku sudah berada dirumah dan pelik kenapa begitu ramai orang di dalam rumahku. Ada yang berjubah, mata sepet panjang, telinga panjang, perut buncit. Akhirnya setelah diceritakan apa yang berlaku kepadaku barulah aku mengerti. Kata isteriku aku pulang dengan mata yang merah lalu meminta isteriku membaca sepotong ayat al Quran. Akhirnya setelah isteriku merujuk perkara ini kepada abangku dan dengan arahannya sepotong ayat yang di hembus oleh arwah Siti Aishah ke ubun-ubunku akhirnya telah membuka hijab mataku.
Padanya mulanya aku gementar bila melihat banyak makhluk yang berwajah hodoh. Kadang-kadang bila aku mengelak tahulah mereka yang aku nampak mereka dan aku pasti diganggu. Kini sudah 9 tahun masa berlalu. Aku sudah dapat mengawal keadaannya. Ada rakan-rakan meminta aku berjumpa dengan pakar untuk menghilang penglihatan tapi aku diamkan saja sebab bukan aku yang belajar. lagi pun ia bukannya khurafat. Aku jarang bercerita tentang makhluk. Aku takut ia akan disalah ertikan seolah-olahnya aku menuntut ilmu untuk melihat makhluk halus. Kini ada juga rakan-rakan aku yang mengatakan mereka terlalu rindu untuk mendengar kisah tentang makhluk halus. Jadi ini kisahnya.....
Aku suka mengikut seorang perawat kalau ada waktu lapang. Kerapnya dia akan bertanya dulu kepada pesakit untuk mengetahui punca serangan yang diterima. Bila sudah mengetahui puncanya barulah senang dia merawat. Dia akan memulakan dengan membaca surah Jin. Disinilah akan berlakunya pertempuran bila makhluk didalam badan pesakit melawan. Aku melihat berpeluh dan penat perawat untuk mengeluarkan makhluk yang berada di dalam badan pesakit. Aku melihat benda yang ditarik berada didalam genggaman perawat. kemudian dia membuka tangannya lalu bertanya
" Pakjang nampak tak ". Aku hanya anggukkan kepala sambil melihat diatas tapak tangannya.
" Macam mana rupa dia ". Tanya perawat
" Ishh...perawat ni nak test aku ke ". Bisik hati kecilku
" Pakjang...nampak tak rupa dia ". Tanya perawat sambil tersenyum
" Ya nampak. Telinga capang. Mata merah. Dia sedang menepuk kepala...ustaz.. ". Kataku pada perawat. Dia tersenyum mendengar kata-kataku
" Itu taiko dia pakjang. Awat dia tak tepuk kepala. Hari ni dia kena berpisah ". Kata perawat. Setelah ditangkap makhluk tersebut akan diletakkan kedalam botol sebelum dibuang. Kemudian dia menarik keluar lagi.
" Pakjang...nampak tak yang ini ". Aku tersenyum sebab kalau aku kata ya dia akan bertanya lebih lanjut lagi.
" Ya nampak yang ini ". Jawabku ringkas sambil menanti soalan cepu mas
" Lelaki ke perempuan ". Tanya perawat inginkan kepastian. Mungkin dia nak test aku jugak
" Perempuan. Rambut panjang ". Kataku lagi
" Betul..". Ringkas jawapan perawat sambil tersenyum
" Perempuan ni claim kata si N ni suami dia. Dia marah bila dia ditarik keluar ". Kata perawat setelah memasukkan makhluk perempuan kedalam botol.
Perawat menarik seekor lagi dari badan pesakit lalu dirunjukknya kepadaku. Aku sudah faham
" Lelaki...". Kataku ringkas sambil melihat makhluk tersebut dimasukkan kedalam botol.
" Pakjang...Yang itu raja. Dia minta agar di keluarkan sama permaisuri yang masih terdapat didalam badan pesakit. Macam-macam hal depa ni ". Kata perawat lalu menarik keluar makhluk lain dan dimasukkan kedalam botol.
" Apa pakjang nampak dalam botol ". Tanya perawat kepadaku
" Saya nampak yang raja tu punya seronok sambil memegang tangan permaisurinya ". Kataku kepada perawat.
" Raja ucap terima kasih pada saya kerana bawa permaisurinya bersama ". Kata perawat. Aku terhibur juga bila melihat begitu mesra raja berpegangan dengan permaisurinya. Perawat tersenyum melihat aku yang tersenyum sorang diri melihat botol. Itulah serba sedikit kisah makhluk yang dapat aku kongsi bersama. nanti aku cerita kisah bagaimana makhluk halus suka pula pada permainan play station...Tunggu insyaallah
0 Response to "Kisah - Kisah Makhluk Halus"
Posting Komentar