Ingin Melihat Arwah Suami

Aku mempunyai 2 orang ibu angkat. Merekalah yang banyak membantu aku ketika aku di uji Allah pada tahun 2008. Aku mendapat perkabaran yang salah seorang dari ibu angkat aku akan melaksanakan ibadah haji. Dia terpaksa pergi keseorangan sebab suaminya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Aku mendapat panggilan talipon dari seorang lagi ibu angkatku mengatakan ibu angkat yang akan ke mekah mencari aku. Ada persoalan yang hendak di tanya kepadaku. Seminggu sebelum masyarakat islam menyambut Aidil Fitri aku berjumpa dengannya
" Makcik apa kabar ". Aku menyapa ibu angkatku. Bila dia melihat aku terus airmata gugur ke bumi
" Makcik tak berapa sihat. Makcik nak tanya Budiman sikit ". Terus kami ke penjuru surau

" Makcik nak tahu macam mana Budiman boleh nampak Aishah sewaktu mengerjakan umrah dulu ". Aku terdiam sebab aku tidak pernah menceritakan yang aku ternampak arwah Aishah sewaktu mengerjakan umrah dulu.
" Makcik terlalu rindu dekat pakcik. Makcik nak tengok pakcik di Mekah ". Kata ibu angkatku sambil menangis. Aku terdiam sambil memikir macam mana aku nak memulakan perkataan. Datang pula dua orang wanita berjumpa aku. Mereka merupakan ajk surau yang sama-sama bertungkus lumus bersama arwah Siti Aishah melakukan tugas.

" Sewaktu saya melakukan ibadah umrah makcik, saya telah melakukan kesilapan ". Kata- kataku yang membuat mereka terkejut.
" Sewaktu saya di tawarkan untuk mengerjakan umrah oleh seorang sahabat, saya cukup gembira. Akhirnya niat untuk ke tanah suci Allah makbulkan walaupun tanpa Aishah. Hati saya ketika itu begitu ikhlas untuk beribadah. Bila berjumpa rakan- rakan yang baru pulang dari sana, mereka menceritakan yang mereka dapat berjumpa dengan arwah ayah, emak serta kaum keluarga yang mereka rindui. Tapi yang sebenarnya makcik bukan orang sebenar yang kita lihat. Ia cuma bayangan yang Allah berikan kepada seseorang untuk mengubat rindu. Bila mendengar cerita dari rakan- rakan niat saya sudah mula berubah. Saya nak berdoa kepada Allah moga Allah tunjukkan wajah Aishah yang sangat saya rindu selama ini ". Ibu angkatku mendengar dengan penuh khusyuk sambil menyeka airmatanya.

" Bila saya memasuki Masjid Nabawi mata saya tercangak - cangak mencari andaikata ternampak bayangan Siti Aishah. Ketika berada betul- betul dengan mimbar nabi saya turut berdoa moga Allah tunjukkan Aishah. Namun saya hampa makcik. Kami memasukki Mekah pula. Saya menangis ketika itu bila melihat kaabah yang tersergam indah. Saya berdoa agar agar Allah tunjukkan Aishah. Ketika melakukan tawaf saya tidak putus- putus berdoa moga Allah tunjukkan Aishah di tempat yang mustajab doanya".

" Akhirnya saya melakukan umrah untuk Aishah. Badan saya sudah mula panas. Setelah selesai melakukan tawaf saya dan Rosnah melakukan solat. Selesai solat saya terus berdoa. Dalam doa tersebut saya memohon moga Allah tunjukkan rupa Aishah. Tiba - tiba saya merasakan sesuatu telah keluar dari badan saya. Saya berada di awangan. Saya melihat diri saya yang hampir jatuh. Saya melihat Rosnah yang khusyuk berdoa. Saya mendengar suara manusia bagaikan lebah yang mengerumuni diri saya. Makin lama saya semakin tinggi. Akhirnya saya berdoa...Ya Allah aku berdosa melakukan amalan tanpa ikhlas. Aku minta ampun padamu Ya Allah. Berikanlah kesempatan kepadaku untuk melihat anak- anakku. Mereka masih memerlukan diriku Ya Allah. Aku tidak akan minta lagi padamu untuk melihat Siti Aishah ".

" Selesai saya meminta ampun makcik saya dapat rasa badan saya seperti ada magnet yang menarik kembali ke badan saya. Saya terus longlai. Rosnah terkejut melihat keadaan saya. Saya cerita kepadanya apa yang berlaku terhadap saya. Nampak risau dia. Akhirnya dia menyuruh saya menaiki kerusi roda untuk saie. Badan saya terlalu panas ketika tu makcik. Bila selesai kami pulang ke hotel. Saya keletihan lalu tertidur. Aishah datang kepada saya dengan pakaian telekung. Tersenyum dia makcik
" Terima kasih bang. Siti sihat. Abang jagalah kesihatan abang ". Ibu angkatku dan dua orang wanita menangis mendengar cerita aku.
" Saya terjaga makcik dan badan saya berpeluh. Saya menadah tangan dan mengucap syukur kepada Allah kerana dapat berjumpa kekasih saya walaupun dalam mimpi ". Akhirnya jatuh juga airmata aku dihadapan tiga orang wanita.
" Jadi saya minta agar makcik jangan melakukan kesilapan seperti mana yang telah saya lakukan. Berdoalah moga Allah tempatkan ruh pakcik di tempat yang sebaik-baiknya. Kalau makcik melihat pakcik di Mekah itu merupakan bayangan yang Allah berikan kepada seseorang. Kita jangan minta kepada Allah untuk Allah tunjukkan rupa seseorang ". Aku menamatkan perbualanku dengan ibu angkatku. Aku bercerita bukan untuk menunjukkan yang aku terlalu sayangkan isteriku. Ia sebagai pengajaran kepada mereka yang senasib dengan aku. Itu saja. Maaf sekali lagi

0 Response to "Ingin Melihat Arwah Suami"

Posting Komentar

Entri Populer

2 Kisah Accident Aku surrender Anak kedua Apa lagi.... Badal Haji Baik demam Baru puas Basikal Berkahwin Berperananlah Berteman Bestnya Big Family Bila musim datang Bloh Oh Blog Buah Sentul Bual Buat pulak Bunga Bunga Ros Campak Cawan Check Up lagi Cina Cina atau melayu Cucur bawang kesian Dalam hobi ada peluangnya Dalam Kenangan Demam lagi Di Ingati Di uji lagi Dua cerita FB Gambar komen Ghaflah Hadiah motosikal Hadis Nabi Hanya dia yang tahu Haram merokok Hari ini Hari raya lagi Hijab di tutup Hurmatilah mereka Hutang Ibu Angkat Ikan bakar Jamuan family Jamuan Hari Raya Jeruk Jin Asyik Jom Makan nasi goreng Jus Karu Kayuh basikal Keindahan kek buah Kelaparan Kena marah Kena tahan JPJ Kerabu 1 Malaysia Kesian Ketenangan Kisah Ibu Kucing Kisah ibu kucing lagi KPI Kuah rojak Kucing Oh Kucing Kucing Oh Kucing 2 Kula Besut Kumpul Kursus Kuruskan badan Lagi lagi pocong Lagi-lagi gambar Lama tak makan Latah ker.. Luahan Hati macam-macam cerita ada Madu Maggi ketam Makan kucing Makhluk Mamu buat ramai Mangsa Banjir Matahari terbit Melaka lagi Merajuk Mesyuarat Mimpi Oh Mimpi Mop lantai Nak Kurus Nak RM10 Nak tempah Nasi lemak No ekor Nora Nostalgia Novel Pahang Pandai ambil Pangkor Paprik Periuk Perkhidmatan setia Perubatan Ramadhan ke 2 Ramadhan ke 6 Ramadhan1 Raya ke - 5 Raya ke lima Rehat Rehlah Di Baling Roti Bun Rumah di ceroboh Sakit Tangan Sambal tumis lagi Security Guard Selamat Jalan Senaman Sengkuang Sengkuang calit Serah ajer Seronoknya Sharing Shooting Sihatkan badan Silap tafsir Sketsa Ramadhan Sungai Palas Sungai Sedim Sunrise Tafakur Talipon Pintar Tasik dayang bunting Teluk Kechai Tempek Terbit Terima kasih Teringat kisah lalu Teruskan beramal Tolak ansur Tolong Sedaya Mungkin Ubi Kayu Ujian sikit saja Usah Bersedih Wisata 1 Wisata 2