" Man....Hang ajk surau lagi ka ". Dia bertanya
" Tak. Aku pun dah berpindah ke tempat lain ". Jawab aku
" Kalau bukan tak apalah. Kalau hang masih lagi ajk aku nak tegur sikit ". Aku dapat mengagak apa persoalan yang sedang berlegar di mindanya
" Bab kuliah ka ". Tanya aku ringkas
" Hang pun tau no cerita ni ". Aku hanya tersenyum. Sudah banyak kali aku menerima rungutan dari penduduk sini bila aku pulang kerumahku. Walaupun aku sudah membeli rumah lain dan berpindah kedaerah yang lain namun jiwa aku tetap setia bersama kampung halamanku.
" Depa ajak kami dengar kuliah. Bila kami ke surau ustaz tu dok bantai teruk- teruk. Kami pun ada harga diri juga. Kami pun ada menyumbang juga. Ingat orang UMNO teruk ka ". Aku terdiam mendengar luahan hati jiran aku. Aku setuju apa yang di perkatakan olehnya walaupun antara kami berbeza parti politik. Ustaz dan ajk surau tidak boleh syok sendiri. Kebanyakkan yang hadir merupakan orang luar dan bukan masyarakat yang tinggal berdekatan dengan surau tersebut.
Aku masih ingat luahan kaum wanita beberapa hari sudah bila aku berjumpa dengan mereka
" Dalam kuliah cakap dekat orang pedas- pedas. Waktu makan pun sambung lagi kutuk kami. Yang dok hidang makanan lepas kuliah tu sapa dia. Kami ni orang UMNO ". Betul kata- kata mereka walaupun ada yang berkata mereka tidak ikhlas dalam membuat tugas tapi ustaz dan ajk kena pandai main peranan mereka. Kebanyakkan yang aku dengar bila keluar dari kuliah...
" Power ustaz tu. Dia hentam kaw kaw punya ". Akhirnya kita hanya dapat kepuasan satu pihak sahaja sedangkan satu pihak yang lain tidak berpuas hati. Memang betul bukan mudah untuk kita memberi kepuasan kepada semua pihak tapi kita kena pandai menarik minat penduduk tempatan agar dapat ramai- ramai mengimarahkan surau.
Jika berlaku masalah dalaman siapa dulu yang kita akan cari. Orang luar atau orang dalam. Tentu kita mencari jiran- jiran kita. Jika kita telah menimbulkan kebencian mereka dan jika ada masalah tentu amat payah kita nak menyelesaikannya. Pak ustaz harus pandai dalam memberi kuliahnya. Jangan kita terlalu menghentam satu pihak sedangkan di pihak kita pun ada kecacatannya. Kalau dalam kuliah pun pak ustaz nak mengaibkan orang lain tak mustahil suatu hari nanti kita pula yang akan di aibkan. Aku tidak pandai memberi kuliah. Aku hanya menyampaikan apa yang telah di luah oleh penduduk tempatan kepadaku. Kita bukan golongan yang syok sendiwi..........
0 Response to "Jangan Syok Sendiwi"
Posting Komentar