Akan Tercetus Perang Nuklear

Sudah 2 hari aku tidak mengayuh basikal dek kesibukan tugasku. Jadi aku dah plan pukul 6 petang nanti aku akan kayuh basikal. Tiba-tiba isteriku bersuara
" Bangg....Nanti kita keluar beli yogurt boleh tak. Nah nak buat kek. Ada orang pesan ". Aku terdiam kerana akan terlepas lagi sesi perkayuhanku ini.
" Alaa...abang ingat nak kayuh basikal petang ni. Kita pergi lepas maghrib la ". Aku merayu isteriku
" Nah nak buat kek lepas maghrib ". Akhirnya aku terpaksa mengalah juga
" Malam ni abang ganti naik maxi rider la ". Pujuk isteriku
" Ok la. Jom....". Tersenyum isteriku bila aku mengalah. Jam 6 petang kami ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah ibu mertuaku. Walaupun ia merupakan pasaraya yang tiada kelas bintangnya tapi harganya jauh lebih murah dari pasaraya Giant, Tesco dan Mydin. Sebab itu ramai orang datang untuk membeli. Bila sampai kami melihat sudah ramai yang beratur untuk membayar.


Inilah yang paling aku tidak suka. Kadang-kadang beli hanya sedikit saja tapi nak beratur tu yang tak tahan. Bila dah masuk dalam tangan aku pun panjang la sedikit
" Aikkk....Dalam tak nak datang pun macam-macam abang ambil ". Kata isteriku
" Dah sampai kesini lebih baik abang beli ". Selesai semua kami terus beratur untuk membayar memandangkan maghrib hampir menjelma. Agak ramai yang beratur. Itulah laluan untuk membayar dan itulah juga laluan untuk keluar bagi yang tidak membeli. Sebab itu terlalu sesak di kaunter pembayaran. Kadang-kadang yang nak bayar tu hanya seorang tapi sekeluarga berkumpul disitu.

Seorang lelaki membeli barang yang agak banyak. Dia berada didepanku. Tiba masanya dia membayar. Juruwang menjalankan tugasnya dengan scan barang yang dibeli lelaki tersebut. Akhirnya harga di tunjukkan kepada lelaki tersebut. Dia membuka beg duit tapi yang sedihnya harga barang yang dibelinya melebihi duit yang berada di dalam begnya. Tercangak-cangak dia mencari isterinya. Aku sudah mula gelisah.
" Alaa....duit tak cukup pulak dah ". Aku bisik kepada isteriku
" Dia tengah cari isteri dia tu ". Kata isteriku. Pelanggan yang lain turut resah seperti aku. Tiba-tiba dia ternampak isterinya lalu berterriak
" Minah...Minah....Oiii...Minahh...". Akhirnya Minah terdengar lalu datang kepada suaminya
" Hang bawa duit ka. Ni tak cukup nak bayar ". Tanya lelaki tersebut kepada isterinya Minah
" Aku tak bawa beg duit ". Selamba saja jawapan Minah lalu pergi
" Masa ambil tak sedar diri ". Rungut suaminya
" Boleh buang tak sikit bagi cukup duit ". Tanya lelaki tersebut kepada juruwang
" Boleh. Encik nak buang yang mana ". Tanya juruwang
" Buang yang 2 tu ". Kata lelaki tersebut sambil tangannya mengeluarkan pakaian wanita yang dibeli isterinya iaitu seluar dan baju dalam. Aku tersenyum
" Pakai la malam ni jadi perang nuklear bila isteri dia cari barang yang dia beli ". Isteriku tertawa mendengar kata-kataku
" Abang ni merapu la ". Kata isteriku yang turut tidak dapat menahan kelucuan insiden yang berlaku.
" Hang kena tidoq di luar bilik la malam ni ". Aku berkata kepada isteriku yang hanya tertawa mendengarnya.
Pengajaran juga buat diriku. Nak beli sesuatu mesti ada perancangan atau menulis barangan yang hendak dibeli. kalau tidak, pasti akan berlaku seperti lelaki ini.


Selepas solat isyak aku menaiki kuda besi bagi menggantikan perkayuhanku yang terbatal petang tadi. Ok juga sehingga berpeluh aku. Tapi bagus juga kalau kita bertukar cara senaman kita. Baru berlaku pembakaran lemak di dalam tubuh kita. Itu kata-kata dari mereka yang mengajar di Gym. Pagi kayuh basikal. Malamnya pula naik maxi rider atau berjalan-jalan di atas track. Alhamdulillah

0 Response to "Akan Tercetus Perang Nuklear"

Posting Komentar

Entri Populer

2 Kisah Accident Aku surrender Anak kedua Apa lagi.... Badal Haji Baik demam Baru puas Basikal Berkahwin Berperananlah Berteman Bestnya Big Family Bila musim datang Bloh Oh Blog Buah Sentul Bual Buat pulak Bunga Bunga Ros Campak Cawan Check Up lagi Cina Cina atau melayu Cucur bawang kesian Dalam hobi ada peluangnya Dalam Kenangan Demam lagi Di Ingati Di uji lagi Dua cerita FB Gambar komen Ghaflah Hadiah motosikal Hadis Nabi Hanya dia yang tahu Haram merokok Hari ini Hari raya lagi Hijab di tutup Hurmatilah mereka Hutang Ibu Angkat Ikan bakar Jamuan family Jamuan Hari Raya Jeruk Jin Asyik Jom Makan nasi goreng Jus Karu Kayuh basikal Keindahan kek buah Kelaparan Kena marah Kena tahan JPJ Kerabu 1 Malaysia Kesian Ketenangan Kisah Ibu Kucing Kisah ibu kucing lagi KPI Kuah rojak Kucing Oh Kucing Kucing Oh Kucing 2 Kula Besut Kumpul Kursus Kuruskan badan Lagi lagi pocong Lagi-lagi gambar Lama tak makan Latah ker.. Luahan Hati macam-macam cerita ada Madu Maggi ketam Makan kucing Makhluk Mamu buat ramai Mangsa Banjir Matahari terbit Melaka lagi Merajuk Mesyuarat Mimpi Oh Mimpi Mop lantai Nak Kurus Nak RM10 Nak tempah Nasi lemak No ekor Nora Nostalgia Novel Pahang Pandai ambil Pangkor Paprik Periuk Perkhidmatan setia Perubatan Ramadhan ke 2 Ramadhan ke 6 Ramadhan1 Raya ke - 5 Raya ke lima Rehat Rehlah Di Baling Roti Bun Rumah di ceroboh Sakit Tangan Sambal tumis lagi Security Guard Selamat Jalan Senaman Sengkuang Sengkuang calit Serah ajer Seronoknya Sharing Shooting Sihatkan badan Silap tafsir Sketsa Ramadhan Sungai Palas Sungai Sedim Sunrise Tafakur Talipon Pintar Tasik dayang bunting Teluk Kechai Tempek Terbit Terima kasih Teringat kisah lalu Teruskan beramal Tolak ansur Tolong Sedaya Mungkin Ubi Kayu Ujian sikit saja Usah Bersedih Wisata 1 Wisata 2