" Bang....saya ada hal nak beri tahu abang ". Aku menjemputnya masuk kedalam.
" Apa berita nak beritahu saya ". Tanya aku
" Macam ni bang. Minggu ni minggu terakhir saya bertugas di sini. Saya berhenti kerja sebab nak jaga bapak mertua saya. Semalam ibu mertua talipon beritahu yang bapa mertua kena stroke ". Aku menjadi pendengar yang baik. Biar dia lepas segala yang terbuku di hatinya.
" Ini kali kedua dia kena stroke. Kali pertama bapa menrtua kena stroke saya terpaksa berhenti bawa lori dan menjaga bapa mertua. Anak-anak kerja di KL jadi sayalah harapan mereka ". Aku terus mendengarnya.
" Bila tengok bapa mertua saya baik sikit saya beritahu isteri nak mencari pekerjaan. Saya malu asyik minta duit dekat isteri untuk beli rokok saya. Akhirnya isteri saya beritahu kepada adik beradiknya dan mereka bersetuju untuk memberi saya sebulan RM500 untuk menjaga ayah mereka. Tapi bang saya ni seorang lelaki. Saya rasa macam tak ada harga diri bang. Saya bagaikan seorang lelaki dayus yang tak bekerja. Saya berhenti sebab kasihankan isteri. Kalau saya kerja siapalah yang nak angkat bapa mertua saya ". Aku kagum dengan lelaki ini. Bukan senang mendapat seorang menantu lelaki yang sanggup bekorban begini.
" Saya dah apply cuti dekat majikan tapi dia orang tak approve. Jadi saya terpaksa berhenti terus dan pulang ke kampung menjaga bapa mertua. Bang...". Terdiam dia seketika
" Bangg...maaf cakap. Pada saya kalau bapa mertua begini biarlah Allah cabut saja nyawanya. Inilah jalan yang terbaik untuk bapa mertua saya ". Aku melihat air matanya bergenang. Aku tidak berani menghukumnya. Aku hanya berkata moga Allah permudahkan urusannya dan bapa mertuanya. Dia telah berkorban terlalu banyak. Bukan dia bermaksud meminta bapa mertuanya mati tapi kalau melihat keadaannya yang kritikal maka lebih baik dengan kematian dapat meringankan kesakitan bapa mertuanya. Itu pendapatku. Sudah 2 kali dia menjaga bapa mertuanya.
Mereka bertuah mendapat seorang menantu yang baik. Sanggup berhenti kerja untuk menjaga bapa mertua. Begitu juga ibu dan ayahku. Mereka bertuah mendapat seorang menantu yang baik iaitu Allahyarhamah isteriku. Semoga Allah terima amal-amal mereka semua.
0 Response to "Kisah Seorang Menantu"
Posting Komentar