" Assalamualaikum ". Pengawal keselamatan menjawab salam aku
" Baru beli motor ka. Cantik ". Kataku. Dia hanya tersenyum. Dia terus menghidupkan injin motosikalnya lalu meminta aku mencubanya
" Abang cubalah naik. Manalah tau abang boleh beli nanti ". Katanya
Bila berkali-kali dia meminta aku mencubanya maka aku pun pusing keliling tempat aku bertugas. Memang sedap naik motor jenis ni.
" Macam mana bang motor saya ". Tanya pengawal keselamatan
" Memang best la naik motor ni. Berapa beli motor ni ". Aku bertanya
" RM16 ribu bang. Saya berkenan lama dah motor ni bang tapi saya pendam selama 5 tahun sebab duit muka tak ada. Lagi pun saya dok jaga bapa mertua time tu. Mana nak ada duit muka ". Ceritanya.
" Bulan-bulan bayar berapa ". Aku bertanya lagi
" RM268 bang. Ambil satu bang. Setakat gaji abang dah mampu ambil motorsikal ni ". Aku tertawa mendengar kata-kata pengawal keselamatan.
" Mungkin sekarang ni keutamaan saya sudah menjadi yang lain. Cukuplah saya guna motosikal yang ini saja ". Sambil melihat Honda Wave yang banyak berjasa kepadaku.
" Hari tu saya jalan-jalan dengan isteri saya. Terus saya ajak lihat-lihat di kedai motor ni. Isteri saya tau yang saya amat suka motor jenis ni. Saya bertanya tauke kedai berapa untuk bayaran muka. Kata tauke kedai dia mau RM3 ribu. Saya cuma ada RM1500 saja. Saya diam dan ajak isteri balik ".
" Malam tu isteri ajak saya menemani dia ke bank. Katanya duit untuk dia belanja dah habis. Saya pun ikut dia. Esok pagi dia talipon saya bagitau minta tolong buka anvelop. Bila saya buka terkejut melihat ada duit sebanyak RM1500. Saya terus isteri saya dan bertanya duit itu untuk apa. kata isteri saya duit tu tambahan untuk saya membayar duit muka. Katanya terima kasih kerana selama ini menjaga ayahnya ". Aku melihat air mata bergenang di mata pengawal keselamatan. Aku dapat membaca isi hatinya.
" Saya tolong bukan minta balasan bang. Itu tanggung jawab saya bila di perlukan ". Katanya
" Betullah tu. Bila awak dah ikhlas menolong bapa mertua maka Allah membalas keikhlasan awak dengan hadiah istimewa dari isteri. Itu tanda terima kasih dari dia. Dia menghargai pengorbanan awak selama ini ". Kataku kepada pengawal tersebut yang hanya terdiam. Padaku sikap pengorbanan dan tolak ansur harus ada dalam sebuah rumahtangga. Ini bukan bermaksud yang setiap pengorbanan harus di bayar dengan barangan yang mahal-mahal belaka. Itu mengikut kemampuan seseorang. Bagiku cukuplah dengan ucapan terima kasih bila aku dapat membantu sesuatu perkara. Kalau dapat lebih itu merupakan bonus. Bagi pengawal keselamatan pula secara jujurnya pengorbanannya selama ini di hargai oleh isterinya. Bahagialah rumahtangga andaikata setiap pengorbanan dihargai mengikut kadar kemampuan masing-masing. Mampu dengan wang ringgit silakan. Tak mampu biarlah ia dengan ucapan terima kasih. Itulah penghargaan namanya.
Untuk isteriku tercinta, sebagai tanda penghargaan aku hanya mampu mengirim doaku buat dirinya setiap hari. Moga Allah tempatkannya bersama para solihin dan moga Allah terima segala amal-amal yang telah dia lakukan untuk kami sekeluarga. Moga kita dapat bertemu kembali. Ameen.
0 Response to "Pengorbanan Yang Di hargai"
Posting Komentar