Macam-Macam Cerita Dan Pengajaran

Aku bertugas malam. Bila tiba di rumah aku sudah bertekad nak exercise dulu barulah aku nak tidur.
" Abang tak mengantuk ke baru balik kerja. Nak joging pula ". Kata isteriku
" Belum rasa nak tidur lagi. Abang nak keluarkan peluh dulu. Barulah hilang kerunsingan ". Kataku kepada isteri
" Abang ada masalah yang di fikirkan ke. Kenapa tak ceritakan saja ". Tanya lagi isteriku. Malas aku nak memikirkan tentang masalah. Biar aku kosongkan mindaku dengan bersenam. Alhamdulillah aku dapat melakukannya. Terasa badan ringan. Jam 10 pagi baru tidur. Aku tersedar jam 12 tengahari. Bergegas aku ke tandas sebab aku akan menziarahi kakak aku yang berada di hospital. Biar aku solat zohor di surau hospital saja.


Ketika aku tiba di hospital azan telah lama berlalu. Aku terus mengambil wuduk dan solat zohor berjemaah. Isteriku di rumah masih lagi demam. Jadi aku pergi keseorangan. Ketika berada bersama kakakku dia menceritakan yang ada pelawat bila datang suka menakutkannya. Mereka berkata penyakit yang dihadapi kakakku di peringkat permulaan. Itu bukan caranya adab orang islam menziarahi pesakit. Aku pernah menyertai NGO ketika program ziarah pesakit. Kami di ajar agar memberi pengharapan kepada pesakit. Di akhir sesi kami akan berdoa untuk mereka tidak kira mereka yang beragama islam atau bukan. Bulan depan bila kami datang kembali ada pesakit yang bukan islam begitu ceria meminta kami berdoa untuk mereka.

Aku masih ingat ketika terlantar di hospital disebabkan tidak dapat membuang air kecil di tambah dengan kekerapan menjadi batu karang. Aku diziarahi rakan-rakan. Tiba-tiba masuk doktor pakar memberitahu akan keputusan ujian darah.
" En Ariff.....You kena buat dialisis dengan segera. Kerosakan buah pinggang membuatkan you tidak dapat membuang air kecil ". Aku menangis menerima berita dari doktor. Rakan-rakan mula bersuara.
" Tak apa Budiman. Penyakit ni dia mai 3 serangkai. Buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Kalau ketiga-tiga ini ada memang tak ada harapan ". Aku yang sedang serabut dengan masalah kini di tambah dengan bebanan rakan-rakan. mereka umpama Limau Purut 3 serangkai. Buta perut tak ada akai ". jadi kepada pembaca sekelian, andaikata kita hendak ziarah pesakit, berilah pengharapan kepadanya. Sebelum pulang berdoa untuknya. Itu yang terbaik.


Jam 2.30 petang aku keluar dari wad. Perut terasa begitu lapar sekali. Aku singgah di gerai tomyam berdekatan hospital. Banyak pilihan di situ. Anak gadisku pula telepon minta aku tolong belikannya nasi goreng ayam.
" Ayah minta cabai potong lebih sikit ". Kata anakku. Aku minta nasi paprik dan nasi goreng ayam serta cabai potong. Memang aku amat suka sayur paprik. Bila makan ternyata memang sedap. Kelihatan di sebelah aku seorang sedang makan dengan begitu nikmat sekali. Dia tidak sedar ada makhluk bermata panjang. Merah biji matanya. Telinganya tajam. Dia makan lalu di luahkan kembali makanan itu. Pemuda tersebut makan sambil bermain talifon. Tentu pemuda itu tidak membaca Bismillah. Sebab itu islam mendidik umatnya sebelum makan hendaklah membaca doa dan Bismillah. Kalau tidak tentu makhluk lain yang makan dulu.  Aku mengubah tempat dudukku membelakanginya. Nanti aku pula tak lalu nak makan.


Selesai makan aku bangun untuk membayar makanan. 
" Berapa semua ". Aku bertanya tukang masak merangkap sebagai pengurus wang
" Semua RM12 ". Katanya. Serius wajahnya. Tiada senyuman. Aku membelek bungkusan mencari adakah cabai potong permintaan anakku di masukkan
" Cabai potong dah masuk dalam plastik ". Aku bertanya
" Apa dia.... ". Tanya wanita btersebut sekali dan aku mengulangi apa yang aku sebut tadi
" Tu ada dalam bungkuih ". Macam nak terkeluar biji mata. Aku menghulurkan wang kepadanya. Dia memberi baki wang tanpa senyuman dan tanpa perkataan. Aku mengambil wang tersebut.
" Terima kasih ". Baru terpaku wanita tersebut mendengar ucapan dariku. Mereka harus di beri kursus kualiti. Bagaimanan nak berhadapan dengan pelanggan.


Aku singgah pula di Lorong Kulit untuk membeli buah-buahan. Aku berlegar-legar dan akhirnya aku mengambil buah epal hujau, Buah plum dan buah rambutan gading. Ini semua untuk makanan malamku. Aku menghulurkan wang kepada penjual buah.
" Terima kasih tauke. Esok datang lagi. Kalau ada buah yang tak elok bagitau saya ". Dengan senyuman tauke cina mengucapkan terima kasih kepadaku. Sudah terbalik. Sepaptutnya orang islam yang mengamalkan budaya ini. Ini penjual yang Non muslim pula begitu berakhlak. Ketika dalam perjalanan isteriku menaliponku.
" Abang ada di mana ". Tanya isteriku
" Di Jelutong. Ada apa Nah ". Jawabku ringkas
" Tak apa. Abang dah jauh ". Kata isteriku
" Tak apa. Nah bagitau nak apa. Insyaallah abang belikan ". Kataku 
" Nah teringin mee rebus Sungai Pinang ". Katanya isterku. Aku perkenalkan mee rebus kepadanya. Katanya sedap.
" Tak apa. Untuk Nah abang patah balik pun tak apa ". Kataku. Siapa tak sayang bini oiiii.......

0 Response to "Macam-Macam Cerita Dan Pengajaran"

Posting Komentar

Entri Populer

2 Kisah Accident Aku surrender Anak kedua Apa lagi.... Badal Haji Baik demam Baru puas Basikal Berkahwin Berperananlah Berteman Bestnya Big Family Bila musim datang Bloh Oh Blog Buah Sentul Bual Buat pulak Bunga Bunga Ros Campak Cawan Check Up lagi Cina Cina atau melayu Cucur bawang kesian Dalam hobi ada peluangnya Dalam Kenangan Demam lagi Di Ingati Di uji lagi Dua cerita FB Gambar komen Ghaflah Hadiah motosikal Hadis Nabi Hanya dia yang tahu Haram merokok Hari ini Hari raya lagi Hijab di tutup Hurmatilah mereka Hutang Ibu Angkat Ikan bakar Jamuan family Jamuan Hari Raya Jeruk Jin Asyik Jom Makan nasi goreng Jus Karu Kayuh basikal Keindahan kek buah Kelaparan Kena marah Kena tahan JPJ Kerabu 1 Malaysia Kesian Ketenangan Kisah Ibu Kucing Kisah ibu kucing lagi KPI Kuah rojak Kucing Oh Kucing Kucing Oh Kucing 2 Kula Besut Kumpul Kursus Kuruskan badan Lagi lagi pocong Lagi-lagi gambar Lama tak makan Latah ker.. Luahan Hati macam-macam cerita ada Madu Maggi ketam Makan kucing Makhluk Mamu buat ramai Mangsa Banjir Matahari terbit Melaka lagi Merajuk Mesyuarat Mimpi Oh Mimpi Mop lantai Nak Kurus Nak RM10 Nak tempah Nasi lemak No ekor Nora Nostalgia Novel Pahang Pandai ambil Pangkor Paprik Periuk Perkhidmatan setia Perubatan Ramadhan ke 2 Ramadhan ke 6 Ramadhan1 Raya ke - 5 Raya ke lima Rehat Rehlah Di Baling Roti Bun Rumah di ceroboh Sakit Tangan Sambal tumis lagi Security Guard Selamat Jalan Senaman Sengkuang Sengkuang calit Serah ajer Seronoknya Sharing Shooting Sihatkan badan Silap tafsir Sketsa Ramadhan Sungai Palas Sungai Sedim Sunrise Tafakur Talipon Pintar Tasik dayang bunting Teluk Kechai Tempek Terbit Terima kasih Teringat kisah lalu Teruskan beramal Tolak ansur Tolong Sedaya Mungkin Ubi Kayu Ujian sikit saja Usah Bersedih Wisata 1 Wisata 2