Keesokkan harinya aku ke pasar mencari koleksi tambahan untuk ramuan kerabu kesukaanku. Sebelum aku ke pasar, aku kerumah mak mertua untuk bertanya samada boleh atau tidak dia buatkan kerabu untuk aku.
" Boleh...Bawa mai la mak nak buat ". Itulah jawapan yang aku nantikan
Pagi ni terdapat banyak sungguh pucuk paku. Mungkin musimnya. Aku beli 3 berkas dengan harga RM3. Aku beli tauge sebanyak 50 sen. Hujan di luar turun dengan lebatnya. Ini membuatkan aku bertambah tidak sabar untuk menghabiskan shopingku
Mak mertuaku beritahu yang kerisik di rumah telah kehabisan jadi aku harus beli di pasar. Kalau kerisik yang dibuat sendiri lagi terasa keenakkan kerabunya. Kadang-kadang aku belah kelapa untuk mak mertuaku agar dapat dia membuat kerisik untuk di simpan.
Tiba-tiba aku teringat yang perut lembu dan udang belum di beli lagi. Campuran inilah membuatkan kerabu begitu enak. Alhamdulillah aku beli perut sebanyak 1/2 kilo untuk di rebus dan di potong halus
Kini sudah lengkap pembelianku. Sekarang tugas seterusnya ialah memberi bahan-bahan kepada mak mertuaku. Aku belikannya ikan untuk di goreng dan sepapan telor ayam sebagai ucapan terima kasih. Penuh juga dalam rag motor aku. Mak mertua tersenyum menerima barangan dariku.
Aku meminta diri dari mak mertua untuk membawa anak gadisku melihat barangan perkahwinannya pada bulan Januari 2014 di A - Z Seberang Jaya. Aku berkata selepas zohor aku akan datang mengambil kerabu.
Jam 11 pagi kami ke Seberang Jaya untuk mencari bahan-bahan perkahwinan. Memang banyak pilihan di sini. Anak gadisku berkata yang dia sudah rambang mata melihat barangan yang berada di dalam.
Selepas zohor kami pulang kerumah. Aku singgah di rumah mak mertua untuk mengambil kerabu. Di berinya satu tuppaware besar kerabu. Masyaallah...Sedapnya bila aku rasa
" Abang dah minta resepi dari mak mertua abang ". Tanya isteriku sebab dia sudah lupa tentang kerabu. Tetapi aku tidak dapat berpisah dengannya. Aku kata yang aku faham apa yang di ceritakan oleh mak mertua. Tak sempat nak menulis. Jadi aku snap saja
Kata mak mertuaku. Pertama mesti ada kerisik. Sebungkus RM2 saja di Penang. Beras di goreng hingga kekuningan dan di blend sehingga halus. Rebus perut lembu dan potong halus. Buatkan sambal belacan sedikit. Campur kesemuanya dan gaul. Lepas tu masukkan pucuk-pucuk yang di beli tadi. Ala kaum wanita dah terror. Bila baca senang menangkapnya. Akhirnya inilah hasilnya. Aku namakannya Kerabu 1 Malaysia. Aku cinta padanya.....
0 Response to "Tuhan Tolonglah...Ku Cinta Ia..."
Posting Komentar