Baru-baru ni isteriku mendapat tempahan nasi tomato untuk 400 orang dan ini memerlukan periuk yang banyak. Aku ke rumah ibu mertuaku untuk meminjam periuk.
" Periuk ada tapi tudung dia hilang. Kan Budiman dan Aishah pinjam dulu ". Ya Allah aku sendiri sudah lupa tentang tudung periuk. Rupanya sudah 6 tahun peristiwa itu berlalu
" Mak...kalau tak ada tudung tak boleh masak kah ". Aku bertanya ibu mertuaku
" Masak tu boleh tapi nak tudung dengan apa. Mak pun tak pernah guna. Ada tersimpan dalam stor ". kata ibu mertuaku. Aku terdiam sambil memikir kembali di mana harus aku mencari periuk. Akhirnya baru aku teringat yang periuk ibuku masih ada. Kalau ada rezeki dia masih tersimpan di dalam stor.
Aku ke rumah ibu yang kini di diami oleh kakakku. Dia menyuruh anaknya mencari periuk di dalam stor. Alhamdulillah anaknya berkata yang di dalam stor terdapat satu periuk dan dua tudung. Terus aku terdetik mungkin itukah tudung ibu mertuaku. Setelah aku letak periuk ibuku di rumahku terus aku kerumah ibu mertua. Subhanallah memang betul itu tudung periuk ibu mertuaku
" Alhamdulillah mak. Dia jumpa balik suami dia setelah 6 tahun terpisah ". Ibu mertuaku tertawa kecil mendengar gurauanku
" Betoi la mak. Kalau jodoh tak ke mana ". Sekali lagi aku bergurau dan ibu mertuaku pasti tertawa mendengar gurauanku
Kalaulah mereka adalah benda bernyawa tentu saat dan ketika itu berderai air mata bertemu kembali setelah 6 tahun terpisah. Terkurung di dalam bilik gelap. Tidak pernah digunakan perkhidmatan mereka hanyalah disebabkan kehilangan sesuatu. Moral cerita ini ialah Kita merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik. Kalau ada jodoh tak ke mana. Suatu hari pasti bersatu kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
0 Response to "Kisah Cinta Penuh Tragis"
Posting Komentar