Pasembur Ohh Pasembur

Anak tiriku mengajak kami sekeluarga untuk meraikan kenaikkan pangkatnya. Selepas solat maghrib kami keluar menuju ke Padang Brown Dato Kramat tempat berbagai jenis makanan yang di jual. Pada mulanya nak ke kedai ikan bakar tapi kalau dah kerap makan ikan bakar apa yang best sangat nak kesitu. Disitu juga sama seperti Padang Kota pasembur menjadi tumpuan ramai. Aku tidak berapa suka dengan pasembur mereka. Tak banyak sayur. Ia lebih kepada bahan-bahan yang lain. Bagi aku pasembur yang isteriku buat dan bahannnya hanyalah cucur udang, takua dan salad beserta dengan kuah kacang sudah memadai buatku


Bila kami tiba sudah ramai peniaga mengelingi kami dan meletakkan senarai makanan yang menjadi pilihan kami. Kami memilih untuk makan pasembur. Kami mengambil sendiri bahan-bahan lalu di beri kepada peniaga
" Bagi sayur lebih. Kuah jangan campur sekali. Bagi kuah asing ". Peniaga hanya menganggukkan kepalanya saja. Kira faham kut. Anak-anak yang lain pun turut sama memilih pasembur. Sedikit saja yang mereka ambil. Tiba-tiba di bawanya kepada kami pasembur. Terkejut bila melihat pasemburnya. Macam bukit
" Saya kata tadi jangan masuk kuah sekali. Tadi angguk kepala. Tak faham ka ". Pekerja yang menghantar tergagap-gagap menjawab. Bila kuah sudah masuk sekali maka kembanglah isinya yang didalam.
" Saya minta sayur lebih tadi. Kenapa tak bagi. Ada masalah ka ". Aku bertanya peniaga. Sekali lagi tergagap-gagap dia. Entah-entah pekerja bangladesh. Sebanyak 3 pinggan pasembur di berikan. Yang lagi dua tu nampak sikit sebab mereka yang pilih sedikit.


Bila perut sudah berisi aku memanggil peniaga untuk mengira berapa harga untuk 3 pinggan pasembur
" Semua RM99 ". Tertelan air liur aku mendengarnya. Sepatutnya pihak peniaga kena letakkan tanda harga setiap jenis makan supaya customer boleh tahu berapa harganya. Ini mungkin main bedal saja harga dia. Stail sama saja macam di Padang Kota. Kalau ada tanda harga pelanggan akan tahu berapa RM yang telah mereka makan. Bila tanda harga tak ada maka senang-senanglah mereka meletakkan harga. Memang mahal untuk pasembur yang kurang enak padaku.
" En makan pelan-pelan. Kasi habis itu pasembur ". Kata peniaga
" Tadi saya kata jangan letak kuah satu kali. Apa pasal tak dengar. Ini sudah kembang macam mana mau makan ". Aku berkata kepada peniaga. Dia hanya diam saja
" Boleh bungkus ". Nasib baik aku tak keluar cakap kepala hotak dekat dia. Main sedap saja keluar ikut mulut. Kepada pelanggan-pelanggan luar yang datang samada ke Padang Brown atau ke Padang Kota berhati-hatilah dengan golongan ini. 

0 Response to "Pasembur Ohh Pasembur"

Posting Komentar

Entri Populer

2 Kisah Accident Aku surrender Anak kedua Apa lagi.... Badal Haji Baik demam Baru puas Basikal Berkahwin Berperananlah Berteman Bestnya Big Family Bila musim datang Bloh Oh Blog Buah Sentul Bual Buat pulak Bunga Bunga Ros Campak Cawan Check Up lagi Cina Cina atau melayu Cucur bawang kesian Dalam hobi ada peluangnya Dalam Kenangan Demam lagi Di Ingati Di uji lagi Dua cerita FB Gambar komen Ghaflah Hadiah motosikal Hadis Nabi Hanya dia yang tahu Haram merokok Hari ini Hari raya lagi Hijab di tutup Hurmatilah mereka Hutang Ibu Angkat Ikan bakar Jamuan family Jamuan Hari Raya Jeruk Jin Asyik Jom Makan nasi goreng Jus Karu Kayuh basikal Keindahan kek buah Kelaparan Kena marah Kena tahan JPJ Kerabu 1 Malaysia Kesian Ketenangan Kisah Ibu Kucing Kisah ibu kucing lagi KPI Kuah rojak Kucing Oh Kucing Kucing Oh Kucing 2 Kula Besut Kumpul Kursus Kuruskan badan Lagi lagi pocong Lagi-lagi gambar Lama tak makan Latah ker.. Luahan Hati macam-macam cerita ada Madu Maggi ketam Makan kucing Makhluk Mamu buat ramai Mangsa Banjir Matahari terbit Melaka lagi Merajuk Mesyuarat Mimpi Oh Mimpi Mop lantai Nak Kurus Nak RM10 Nak tempah Nasi lemak No ekor Nora Nostalgia Novel Pahang Pandai ambil Pangkor Paprik Periuk Perkhidmatan setia Perubatan Ramadhan ke 2 Ramadhan ke 6 Ramadhan1 Raya ke - 5 Raya ke lima Rehat Rehlah Di Baling Roti Bun Rumah di ceroboh Sakit Tangan Sambal tumis lagi Security Guard Selamat Jalan Senaman Sengkuang Sengkuang calit Serah ajer Seronoknya Sharing Shooting Sihatkan badan Silap tafsir Sketsa Ramadhan Sungai Palas Sungai Sedim Sunrise Tafakur Talipon Pintar Tasik dayang bunting Teluk Kechai Tempek Terbit Terima kasih Teringat kisah lalu Teruskan beramal Tolak ansur Tolong Sedaya Mungkin Ubi Kayu Ujian sikit saja Usah Bersedih Wisata 1 Wisata 2