Bukan Islam Pun Tahu

Aku ke kedai pomen cina untuk menukar minyak enjin keretaku. Isteriku sendiri meminta aku ke kedai tersebut. Katanya cina tersebut bukan jenis yang suka mengambil kesempatan. Kalau didapati bahagian itu yang rosak maka akan di tukar yang rosak saja. Harganya juga berpatutan. Semenjak aku berkahwin dengan isteriku itulah tempatnya andaikata keretaku atau kereta isteriku mengalami kerosakan. Jam 11 pagi aku membawa minyak enjin Petronas dan nak minta tauke kedai tolong isikan.
" Ah Yau...Minyak Petronas ni sesuai tak untuk civic ". Sambil menunjukkan minyak yang aku beli.
" Minyak ni baguih la. Hang tengok kalau dia tulis 15W maknanya minyak dia pekat ". Kata Ah Yau
" Hang boleh tolong isi tak ". Aku bertanya
" Boleh...Tak ada masalah ". Terus dia meninggalkan kereta yang lain lalu membuka bonet keretaku. Sambil menanti minyak turun habis dia berbual dengan aku.

" Hang kenai D....". Tanya Ah Yau
" Kenai...Lama aku aku tak nampak dia. Kami tak sama bahagian ". Kataku
" Baru ni dia mai. Dia cerita dekat aku dia kena ekoq RM15 ribu. Aku bagitau dia duit haram bukan boleh jadi kaya. Lagi tak selesai masalah ". Aku tertawa mendengar kata-kata Ah Yau.
" Lepas tu dia kata apa dekat hang ". Aku bertanya
" Dia kata dia berusaha dan islam suruh berusaha tapi yang aku tau dalam islam kata ekoq tu haram sebab dia judi. Betoi dak ". Tanya Ah Yau
" Betoi la Ah Yau. Judi tu haram sebab dia bermain dengan nasib. Contoh kita pertaruh RM10 dan berharap mendapat RM1000. Judi juga melalaikan sebab tu islam kata haram ". Ringkas jawapanku.

" Dia nak tembak aku. Dia ingat aku tak tau apa. Banyak orang islam mai hantaq kereta dekat aku. Aku pun ada tanya juga bab islam ". Kata Ah yau sambil tertawa kecil. Sebagai seorang islam aku malu dengan Ah Yau. Kadang-kadang kita andaikan yang bukan islam itu tidak tahu menahu tentang islam tetapi kadang-kadang kita tersilap langkah. Mungkin mereka faham tentang islam cuma hidayah saja belum Allah berikan. Aku berdoa kepada Allah semoga Allah berikan hidayah kepadanya. Banyak dari rakan-rakanku yang non muslim dan bila mereka menerima islam, islam mereka lebih baik dari aku........Sama-samalah kita mengambil iktibar. Sampaikan walau satu ayat.

0 Response to "Bukan Islam Pun Tahu"

Posting Komentar

Entri Populer

2 Kisah Accident Aku surrender Anak kedua Apa lagi.... Badal Haji Baik demam Baru puas Basikal Berkahwin Berperananlah Berteman Bestnya Big Family Bila musim datang Bloh Oh Blog Buah Sentul Bual Buat pulak Bunga Bunga Ros Campak Cawan Check Up lagi Cina Cina atau melayu Cucur bawang kesian Dalam hobi ada peluangnya Dalam Kenangan Demam lagi Di Ingati Di uji lagi Dua cerita FB Gambar komen Ghaflah Hadiah motosikal Hadis Nabi Hanya dia yang tahu Haram merokok Hari ini Hari raya lagi Hijab di tutup Hurmatilah mereka Hutang Ibu Angkat Ikan bakar Jamuan family Jamuan Hari Raya Jeruk Jin Asyik Jom Makan nasi goreng Jus Karu Kayuh basikal Keindahan kek buah Kelaparan Kena marah Kena tahan JPJ Kerabu 1 Malaysia Kesian Ketenangan Kisah Ibu Kucing Kisah ibu kucing lagi KPI Kuah rojak Kucing Oh Kucing Kucing Oh Kucing 2 Kula Besut Kumpul Kursus Kuruskan badan Lagi lagi pocong Lagi-lagi gambar Lama tak makan Latah ker.. Luahan Hati macam-macam cerita ada Madu Maggi ketam Makan kucing Makhluk Mamu buat ramai Mangsa Banjir Matahari terbit Melaka lagi Merajuk Mesyuarat Mimpi Oh Mimpi Mop lantai Nak Kurus Nak RM10 Nak tempah Nasi lemak No ekor Nora Nostalgia Novel Pahang Pandai ambil Pangkor Paprik Periuk Perkhidmatan setia Perubatan Ramadhan ke 2 Ramadhan ke 6 Ramadhan1 Raya ke - 5 Raya ke lima Rehat Rehlah Di Baling Roti Bun Rumah di ceroboh Sakit Tangan Sambal tumis lagi Security Guard Selamat Jalan Senaman Sengkuang Sengkuang calit Serah ajer Seronoknya Sharing Shooting Sihatkan badan Silap tafsir Sketsa Ramadhan Sungai Palas Sungai Sedim Sunrise Tafakur Talipon Pintar Tasik dayang bunting Teluk Kechai Tempek Terbit Terima kasih Teringat kisah lalu Teruskan beramal Tolak ansur Tolong Sedaya Mungkin Ubi Kayu Ujian sikit saja Usah Bersedih Wisata 1 Wisata 2