Kena Berleter

Aku melihat kad temujanji dengan doktor hospital. Lagi 2 hari hari aku akan buat check up tetapi aku amat terasa perubahan ketara pada badan aku. Badan terasa berat
" Kali ni pasti doktor akan berleter dekat abang ". Aku berkata kepada isteriku.
" Itu la. Nah tengok abang makan banyak juga dalam sebulan ni. Siap bertambah ". Aku pun pelik dengan diri aku. Lagi banyak aku berfikir lagi banyak aku makan.
" Banyak sangat berfikir kut. Sebab tu lalu makan ". Namun isteriku tertawa mendengar kata-kata aku.
"Orang lain kalau banyak berfikir tak lalu makan. Abang ni terbalik pula. Apa yang abang dok fikir ". Tanya isteriku dan aku hanya tersengih mendengar pertanyaannya.

Jam 7.45 pagi aku sudah berada di depan counter. Ia untuk memudahkan aku dari menghadapi kesesakkan pendaftaran selepas jam 8 pagi. Tepat sangkaanku. Jam 8 pagi sudah kelihatan ramai yang masuk buat pendaftaran


Asam pedas keladi

" Encik Ariff. Kad sudah ready. En boleh berjumpa doktor ". Aku mengambil kad lalu menuju ke bilik doktor.
" Mr Ariff. You naik tingkat 3 dan ambil blood test ". Nurse mengarahkan aku untuk mengambil darah. Sekejap saja nama aku di panggil. Itu kelebihan di hospital swasta. Begitu cepat tindakan di buat. Staff meminta aku duduk di atas kerusi. Di cucuknya jarum masuk ke lengan aku namun setitik darah pun tidak keluar.
" Pelik la. kenapa hari ni en Ariff tak ada darah ". Gurau staff. Terus di ubah ke tempat yang lain. Sama juga. Tiada darah yang dapat di sedut
" Minta maaf en Ariff. Kita ambil lengan sebelah kanan pula ". Aku hanya tersenyum menguhulaurkan lengan aku. Kali ini alhamdulillah darah dapat di sedut.
" Encik Ariff tolong ambil urine ". Staff memberi aku botol untuk mengisi urine. Setelah selesai aku di minta meletakkan botol urine di dalam bekas bersama urine patient yang lain. Aku melihat botol yang lain mempunyai label sedangkan botol aku tiada
" Nurse...botol saya tak ada label. Takut tertukar dengan botol yang lain. Nanti tak pasal-pasal saya positif mengandung. Siapa nak jawab ". Nurse tertawa gelihati mendengar kata-kataku.
" Tak apa. Kejap lagi kami letak lebel. En Ariff jangan risau. Result akan dapat dalam masa 2 jam. En Ariff boleh makan dulu ".

Sayur Patchoy ( chinese cabbage ) dan ikan sebelah 

Aku turun ke tingkat 1 untuk memberi kertas ujian darah kepada nurse
" En Ariff mari kita timbang dulu ". Kata nurse yang bertugas. Aku terus naik di atas alat penimbang.
" En Ariff...bulan ni berat En Ariff ada naik ". Sambil tersenyum nurse beritahu aku.
" En Ariff makan dulu nanti jam 11 pagi en Ariff datang ". Memandangkan jam baru pukul 9 pagi aku membuat keputusan untuk pulang kerumah. 2 KM saja jarak hopital dengan rumah aku.
" Nah...berat abang naik la. Satlagi pasti doktor berleter ". Isteriku tersenyum mendengar kata-kataku.

Aku melihat jam sudah pukul 1045 pagi. Setelah bersiap terus aku ke hospital. Kelihatan sudah ramai yang menanti gilirang untuk berjumpa doktor.
" En Ariff Budiman ". Nurse memanggil aku untuk berjumpa doktor. Aku melangkah masuk. jantung bergerak begitu laju. Macam mana result aku kali ini.
" Morning Mr Ariff ". Tersenyum doktor
" Well.....". Doktor berhenti sambil tersenyum. Ini tekanan bagi aku
". Your glucose, cholestrol. urid acid and creatine semua ok. You control well. Satu saja tak ok. You tak boleh control makan. You are putting on weight Ariff ". Aku hanya terdiam mendengar leteran doktor.
"From what i see. You take too much carbohydrates. You makan nasi. Koay teow dan mee. You kena kurangkan nasi. Makan banyak sayur lebih bagus ". Saran doktor
" Doktor...kalau saya makan sayur keladi boleh ka ". Tertawa doktor
" You mau sedap juga ya. Well..boleh la but nasi sedikit saja. Tak sedap tak lalu makan ". Kata doktor sambil tersenyum sambil memberi surat result darah aku.
" Kita akan jumpa within 3 months and please make sure you turunkan berat badan ". Kata doktor sambil mengangkat kedua2 tangannya seolah2nya merayu aku.

" I'll try doctor ". Kataku ringkas
" I hope you meant it. Berat badan akan buat kerosakan pada buah pinggang. Diebetes, Darah tinggi. So be carefull ". Doktor menasihat aku. Kali ini aku kena lebih berhati-hati dengan tahap kesihatan aku. Takut juga bila berat badan naik. Bermacam-macam penyakit sedang menanti aku. Semoga aku terus istiqamah dengan kesihatan aku. Kepada pembaca juga aku harapkan sama-samalah kita menjaga kesihatan.

0 Response to "Kena Berleter"

Posting Komentar

Entri Populer

2 Kisah Accident Aku surrender Anak kedua Apa lagi.... Badal Haji Baik demam Baru puas Basikal Berkahwin Berperananlah Berteman Bestnya Big Family Bila musim datang Bloh Oh Blog Buah Sentul Bual Buat pulak Bunga Bunga Ros Campak Cawan Check Up lagi Cina Cina atau melayu Cucur bawang kesian Dalam hobi ada peluangnya Dalam Kenangan Demam lagi Di Ingati Di uji lagi Dua cerita FB Gambar komen Ghaflah Hadiah motosikal Hadis Nabi Hanya dia yang tahu Haram merokok Hari ini Hari raya lagi Hijab di tutup Hurmatilah mereka Hutang Ibu Angkat Ikan bakar Jamuan family Jamuan Hari Raya Jeruk Jin Asyik Jom Makan nasi goreng Jus Karu Kayuh basikal Keindahan kek buah Kelaparan Kena marah Kena tahan JPJ Kerabu 1 Malaysia Kesian Ketenangan Kisah Ibu Kucing Kisah ibu kucing lagi KPI Kuah rojak Kucing Oh Kucing Kucing Oh Kucing 2 Kula Besut Kumpul Kursus Kuruskan badan Lagi lagi pocong Lagi-lagi gambar Lama tak makan Latah ker.. Luahan Hati macam-macam cerita ada Madu Maggi ketam Makan kucing Makhluk Mamu buat ramai Mangsa Banjir Matahari terbit Melaka lagi Merajuk Mesyuarat Mimpi Oh Mimpi Mop lantai Nak Kurus Nak RM10 Nak tempah Nasi lemak No ekor Nora Nostalgia Novel Pahang Pandai ambil Pangkor Paprik Periuk Perkhidmatan setia Perubatan Ramadhan ke 2 Ramadhan ke 6 Ramadhan1 Raya ke - 5 Raya ke lima Rehat Rehlah Di Baling Roti Bun Rumah di ceroboh Sakit Tangan Sambal tumis lagi Security Guard Selamat Jalan Senaman Sengkuang Sengkuang calit Serah ajer Seronoknya Sharing Shooting Sihatkan badan Silap tafsir Sketsa Ramadhan Sungai Palas Sungai Sedim Sunrise Tafakur Talipon Pintar Tasik dayang bunting Teluk Kechai Tempek Terbit Terima kasih Teringat kisah lalu Teruskan beramal Tolak ansur Tolong Sedaya Mungkin Ubi Kayu Ujian sikit saja Usah Bersedih Wisata 1 Wisata 2